Sunday, January 26, 2014

KENAPA TIDAK UPLOAD/SIAR GAMBAR BAYI???

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
SEKADAR PERKONGSIAN DARI FB WAN ASRUL AL-AYDRUS BERTARIKH 13 JULY 2013


Al Ain Bukan Perkara Main-main.



Ada sahabat-sahabat yang berada di luar Melaka, baik sahabat sang faqir mahupun sahabat isteri tersayang Muslim Cottage, bertanya, kenapa tidak upload gambar Wan Nur Khadijah AtThohirah(puteri sulung, anak ketiga kami)?

Toyyib, hasanan, sang faqir akan cuba jelaskan kenapa.

Adapun, umur Nur Khadijah sudah mencecah ke 27hari, AlhamdulILLAH diamankan ALLAH dari segala masalah dan kesukaran setakat ini.

Perlu kita fahami, bayi yang berumur kurang dari 40 hari berisiko kepada 4 keadaan, 2 keadaan permasalahan rohani, 2 keadaan permasalahan fizikal.

2 permasalahan fizikal melibatkan antibodi dan sawan. 2 permasalahan ini akan sang faqir huraikan dalam posting yang akan datang.

Bagi permasalahan rohani, melibatkan Ain dan Ummu Sibyan.

Bagi permasalahan rohani, melibatkan Ain dan Ummu Sibyan.

Sang faqir garis tebalkan pada posting kali ini adalah permasalahan rohani, iaitu Ain dan Ummu Sibyan.

Ummu Sibyan adalah dari kalangan kaum jin yang gemar mendengar tangisan anak-anak kecil terutamanya bayi, maka bagi mengelakkan gangguan ummu sibyan ini, maka Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam telah memberi panduan , antaranya:
"Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit)- (Riwayat al-Baihaqi). "

Selain dari itu, boleh jua diikhtiarkan diazankan secara perlahan di telinga kanan bayi tersebut setiap kali masuk waktu solat 5 waktu, hikmah bagi ikhtiar ini sangat bermanfaat, ini antara amalan yang dilakukan oleh Syeikh Wan Abdullah lakukan kepada anakandanya iaitu Al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah sewaktu Tok Syeikh Daud Patani (gelaran kepada Syeikh Daud Al Fatani) masih bayi.

Cuma, berkaitan dengan gambar atau bayi muda (1hari-40hari), ianya lebih kepada Al Ain. Permasalahan Al-Ain ini luas perbincangannya, kerana ia juga terkenal sebagai sihir tanpa jin, malahan masalah ini sebenarnya dilihat lebih serius berbanding permainan sihir lain.

Al Ain ini seperti yang dimaktubkan di dalam hadith :

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَيْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا
Maksudnya : Dari Ibnu Abbas RodhiyALLAHu Anhu, Nabi SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda : “Ain (mata jahat) itu benar-benar adanya, jika seandainya ada sesuatu yang mendahului qadar,maka akan didahului oleh ain. Apabila kamu diminta untuk mandi maka mandilah." (hadith riwayat Muslim)

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ فَإِنَّ الْعَيْنَ حَقٌّ
Maksudnya : Dari Aisyah RodhiyALLAHu Anha,RasulULLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda :" Mintalah kalian perlindungan kepada ALLAH dari ain (mata jahat) kerana sesungguhnya ain itu haq (benar)" (HR ibnu Majah).

Ain adalah penyakit atau masalah yang disebabkan oleh pengaruh buruk pandangan mata, iaitu pandangan mata yang disertai rasa takjub atau bahkan iri dan dengki terhadap apa yang dilihatnya.

Terdapat dua jenis ain, iaitu : 
ain insi (‘ain berunsur manusia) dan
‘ain jinni (‘ain berunsur jin).

Malahan ain sering berlaku kepada bayi-bayi kecil, yang mengakibatkan:

1. Tangisan yang tidak munasabah atau tidak bersebab (kecuali masalah cholic atau hernia) yang tidak berhenti, tubuh terkejut-kejut tanpa sebab yang jelas, tidak mahu menyusu kepada ibunya tanpa sebab yang jelas.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ دَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعَ صَوْتَ صَبِيٍّ يَبْكِي فَقَالَ مَا لِصَبِيِّكُمْ هَذَا يَبْكِي فَهَلَّا اسْتَرْقَيْتُمْ لَهُ مِنْ الْعَيْنِ

Aisyah RodhiyALLAHu Anha berkata : “Suatu ketika Nabi (SallALLAHu Alaihi Wasallam) masuk (rumahnya) kemudian mendengar bayi sedang menangis. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) berkata,”Mengapa bayi kalian menangis? Mengapa tidak kalian bacakan ruqyah-ruqyah (supaya sembuh) dari penyakit ‘ain?) (Shahihul jami’ 988 n0.5662)

2. Keadaan tubuh yang sangat kurus kering (seperti kurang zat)

عَنْ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَخَّصَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِآلِ حَزْمٍ فِي رُقْيَةِ الْحَيَّةِ وَقَالَ لِأَسْمَاءَ بِنْتِ عُمَيْسٍ مَا لِي أَرَى أَجْسَامَ بَنِي أَخِي ضَارِعَةً تُصِيبُهُمْ الْحَاجَةُ قَالَتْ لَا وَلَكِنْ الْعَيْنُ تُسْرِعُ إِلَيْهِمْ قَالَ ارْقِيهِمْ

Dari Jabir RodhiyALLAHu Anhu bahawa RasulULLAHi sallALLAHu Alaihi Wasallam memberi rukhsah (keringanan) bagi anak-anak Ja’far menggunakan bacaan ruqyah dari sengatan ular. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) bersabda kepada Asma’ binti Umais,”Mengapa Aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering? Apakah mereka kelaparan?” Asma’ menjawab : “tidak, akan tetapi mereka tertimpa ‘Ain.” Kata Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) ,”Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka! (HR Muslim, Ahmad dan Baihaqi)

3. Penyakit kulit yang tidak atau sukar sembuh,contohnya ekzema dan seangkatan dengannya.

Dari hadith dan permasalahan di atas, cukup untuk menghuraikan apakah Ain dan bagaimanakah ianya terjadi?

Permasalahan ain ini bukan sahaja berlaku akibat rasa iri hati atau takjub (tanpa kembalikan semula takjub tersebut kepada ALLAH), tetapi juga berlaku apabila pemuji memuji bayi tersebut setelah melakukan dosa-dosa mulut, contohnya mengumpat atau memaki hamun orang lain, maka tarikan dari perbuatan tersebut menjadi warid kepada kalamnya, iaitu apabila dia memuji seseorang itu cantik, maka warid dari keburukan kalam sebelum itu diterbalikkan dari apa yang dipuji sebelum itu(cantik lawannya hodoh), ini berikutan fitrah bayi atau kanak-kanak yang bersih, begitu juga keadaannya jika mata si pemuji sebelum melihat bayi atau kanak-kanak tersebut ada melihat perkara-perkara maksiat, maka ianya akan terjadi hal yang serupa. NauzubILLAHi min Zalik.

Kebanyakan kes yang sang faqir terima di TIAF yang melibatkan bayi menangis tidak berhenti, selain dari masalah cholic(kembung perut) dan hernia(angin pasang), ianya kebanyakan melibatkan Ain, yang sering didakwa oleh perawat-perawat sebelum itu dengan saka, sihir, pedamping dan sebagainya, yang meleret sehingga timbul dakwaan yang pelik wal aneh, padahal ianya Ain semata-mata. (Sabo je le)

Permasalahan dengan Al Ain ini, ada dua cara dalam menghadapinya, sama ada MENGELAK darinya atau merawatnya.

Berkaitan dengan merawat, ianya melibatkan banyak kaedah. Cuma sang faqir kongsikan salah satu darinya di sini, yang paling ringkas.
Iaitu diberi mandi dengan air bekasan wudhuk ibu kepada bayi tersebut (bertabaruk)
Bersabit dengan hadith :

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ بْنِ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ أَنَّهُ قَالَ رَأَى عَامِرُ بْنُ رَبِيعَةَ سَهْلَ بْنَ حُنَيْفٍ يَغْتَسِلُ فَقَالَ مَا رَأَيْتُ كَالْيَوْمِ وَلَا جِلْدَ مُخْبَأَةٍ فَلُبِطَ سَهْلٌ فَأُتِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامِرًا فَتَغَيَّظَ عَلَيْهِ وَقَالَ عَلَامَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ أَلَّا بَرَّكْتَ اغْتَسِلْ لَهُ فَغَسَلَ عَامِرٌ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ وَمِرْفَقَيْهِ وَرُكْبَتَيْهِ وَأَطْرَافَ رِجْلَيْهِ وَدَاخِلَةَ إِزَارِهِ فِي قَدَحٍ ثُمَّ صُبَّ عَلَيْهِ فَرَاحَ مَعَ النَّاسِ
Dari Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif, dia berkata bahawa Amir bin Robi’ah melihat Sahl bin Hunaif sedang mandi, lalu berkatalah Amir : "Aku tidak pernah melihat (pemandangan) seperti hari ini, dan tidak pernah kulihat kulit yang tersimpan sebagus ini” Maka terpelantinglah Sahl(pengsan). Kemudian RasulULLAH sallALLAHu Alaihi Wasallam mendatangi Amir. Dengan tegas Baginda bersabda :”Atas sebab apa kamu hendak membunuh saudaranya? Mengapa kamu tidak memohonkan keberkahan (kepada hal yang kamu lihat)? Mandilah untuknya!Maka Amir mandi dengan menggunakan suatu bekas air, dia mencuci wajahnya, dua tangan, kedua siku, kedua lutut,hujung-hujung kakinya, dan bahagian dalam sarungnya. Kemudian air bekas mandinya itu dituangkan kepada Sahl, lantas dia (Sahl) sedar dan berlalulah bersama manusia.
(HR Malik dalam Al-Muwaththo 2/938, Ibnu Majah 3509, disohihkan oleh Ibnu Hibban 1424. Sanadnya sohih, para perawinya tsiqah : Zadul Ma’ad tahqiq Syu’aib al-Arnauth dan Abdul Qodir al-Arnauth 4/150 cetakan tahun 1424 H).

Merujuk kepada hadith tersebut, tentu menjadi kesukaran untuk mencari siapa yang memberi Ain, malahan jika tahu siapa yang mengAinkan anak kita, bagaimana mungkin untuk kita jelaskan kepadanya, maka diqiaskan dengan tabaruk air wudhuk ibu(berserta doa), ditadahkan di dalam bekas atau besen, seterusnya, diberi mandi kepada bayi atau anak yang terkena ain. Untuk kaedah ini, tidak tertakluk kepada Ain sahaja, boleh juga ikhtiar bagi permasalahan anak yang degil atau bermasalah dengan pelajaran.

Antara kaedah mengelakkan Ain dari berlaku:
Setiap kali anak menerima pujian dari sesiapa sahaja, letakkan tangan kanan di atas kepalanya, dan ucapkan Taawudz (di dalam hati, kemudian mohon perlindungan ALLAH dari segala mara bahaya).

Pada malam hari sebelum ibubapa tidur, bacakan Al Ikhlas 3x, dan tiupkan di ubun-ubun bayi perlahan-lahan(sambil dalam hati berdoa mohon perlindungan ALLAH) sehingga habis nafas, nafas yang akhir ditiup sehingga ke kaki dengan kadar menghembus.

Kepada ibubapa, terpulang di atas perkiraan kalian untuk ikhtiar perlindungan anak-anak kalian, terutama yang memperolehi 'new baby' atau yang anak mereka sedang sakit, pertimbangkanlah keputusan untuk upload gambar anak-anak anda.

Kebanyakan kes Ain yang sang faqir terima di klinik TIAF, 98% daripadanya adalah asbab meng'upload' gambar bayi mereka di facebook atau laman sosial yang lain, tambahan pula bayi mereka sedang bermasalah sewaktu itu. NauzubILLAHi min zalik.

Semoga perlindungan ALLAH beserta sekalian yang ikhlas dan faham dengan setiap amal perbuatan mereka.

Wassalam.


Saturday, January 25, 2014

Lecithin

Lecithin, Bukan Sekadar Kuruskan Badan!

Sekarang ni Lecithin menjadi sebutan dalam hal ehwal menguruskan badan, menurunkan kadar kolesterol, memecahkan lemak, dan sebagainya. Namun, tahukah anda fakta lanjut tentang Lecithin?

Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf.  Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak’. Dalam kata ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu ‘terapung’ dalam darah. Dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran.
Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.Lecithin boleh diperolehi melalui kuning telur, jagung, soybeans. Tahukah anda ~ Soybean Lecithin is the richest cholesterol-free source of lecithin…dan yang menariknya..Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi  daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin.

Kelebihan Lecitin yang anda perlu tahu :

  • Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol,triglycerides dan lemak2 yg lain.Sebab tu ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure,stroke,heart disease, arteri yg mengeras. Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini
  • Bertindak mengemulsikan lemak (memecahkan lemak)..Tahukah anda..Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
  • Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn. Tanpa lecithin yg mencukupi,membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan.Banyak faktor seperti bahan2 kimia dari persekitaran yg tercemar,bahan2 metal,dadah,food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2…jadi dgn cara menambahkan pengambilan Lecithin,pasti ianya keputusan yg bijak.
  • Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah lecthin, dan 70% lemak di hati (liver) adalah lecithin.
  • Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf.Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil lecithin.
  • Lecitin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria.Disamping itu, struktur lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.
  • Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf.Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory) . Lecitin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.
  • Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia.

  • Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi .Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,hay fever,asma,bronkitis dan emphysema.
  • Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint(sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.
  • Lecithin adalah zat utk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat,cantik berkilat,kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
  • Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine.
  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel. Lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
*Sebiji lecithin Shaklee mengandungi 530mg of Lecithin..jadi kiralah sendiri yer brapa biji anda perlu mkn sehari..  

Inginkan dapatkan penerangan lebih terperinci terus hubungi saya :

FB : Rosnany
Shaklee Distributor ID : 1067017
Call/SMS/Whatsapp : 012-969 1509
COD (Cash On Delivery) : Damansara Damai - Sri Damansara - Prima Damansara - Sg. Buloh - Mutiara Damansara - Mont Kiara - Sri Hartamas - Shah Alam
(boleh consider COD seluruh Kuala Lumpur & Selangor)
Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.



Sumber : LynaNohCery



Keguguran Rambut. Normal atau perlu dirawat?

Memahami situasi sebenar  
Ilmu mengenai rambut mungkin sebanyak helaian rambut di kepala. Namun apa yang mahu saya beritahu pembaca adalah tentang masalah keguguran rambut yang bukan disebabkan penyakit jangkitan kulit kepala.
Rambut sebenarnya organ ringkas yang amat dihargai oleh wanita. Namun tidak kurangnya lelaki. Walaupun lelaki tidak menjaga rambut serapi wanita, namun apabila kepala mula membotak, lelaki juga risau tentang penampilan yang berambut nipis itu. Lalu lelaki membotakkan kepala untuk menutup rasa aib terhadap perubahan di kepalanya.
Bagi wanita yang mula mengalami ketipisan rambutnya, sudah tentu membotakkan kepala bukanlah cara terbaik kerana penampilan itu tidak feminine dan tidak melambangkan wanita yang sihat. Wanita yang subur selalunya dikaitkan dengan helaian rambut yang ikal dan rimbunan rambut yang lebat.

Sifir mengekalkan keangunan rambut
Keguguran rambut secara banyak samada buat sementara atau tetap dinamakan Alopecia dan puncanya terlalu banyak. Namun masalah keguguran rambut tidak patut dirisaukan kerana ianya adalah fenomena biasa.
Apa yang sepatutnya dirisaukan ialah masalah keguguran rambut secara berlebihan, yang akan menyebabkan masalah rambut menipis dan kebotakan.
Rambut seperti mana organ yang terdiri daripada ribuan sel-sel mempunyai kitaran hidupnya sendiri. Setiap rambut akan gugur kemudian rambut baru akan tumbuh semula di tempat rambut yang gugur itu selepas beberapa waktu.
Oleh kerana ada sifir sebegini, untuk mengekalkan keanggunan rambut, maka kadar rambut yang gugur haruslah sama dengan rambut yang tumbuh. Barulah bilangan helaian rambut akan menjadi tetap kekal.
Namun keguguran rambut menjadi ketara apabila rambut yang gugur lebih banyak dari yang tumbuh semula. Dengan perkataan lain, keguguran rambut yang berlebihan disebabkan banyak rambut yang gugur, sedikit yang tumbuh. Kulit kepala akan menjadi seperti padang yang gersang, kering kontang tanpa lalang.

Faktor keguguran rambut
Penjagaan rambut telah menjadi suatu industri yang amat menguntungkan. Beberapa kajian yang telah dibuat mendapati bahawa keguguran rambut yang berlebihan ada kaitannya dengan kadar tumbuhnya rambut, panjang helaian rambut, umur malah warna rambut itu sendiri.
Malah beberapa kajian telah dilakukan untuk membuktikan ini. Jangan terperanjat jika saya katakan kadar keguguran rambut yang normal antara 50-80 helai sehari.
Tentu ramai wanita yang sedang terperanjat membaca kenyataan saya. Namun seperti yang saya katakan, kita tidak perlu risau kadar kehilangan rambut, tetapi kita harus risau kadar pertumbuhan rambut yang lambat yang akan membuatkan rambut kelihatan nipis dan kepala kelihatan membotak.
Setiap helaian rambut akan tumbuh dari folikel rambut (hair follicle) yang berada di kulit kepala, juga dikenali sebagai “akar rambut”.
Sebelum helaian rambut ini tumbuh semula, folikel berada dalam keadaan ”rehat” (tidak tumbuh memanjang) selama 100 hari. Setelah 100 hari waktu berehat, folikel mula mengeluarkan helaian-helaian rambut.  Setiap helaian akan bertahan selama tiga hingga tujuh tahun sehingga ianya gugur dan digantikan dengan helaian baru. Ada kajian mengatakan helaian rambut akan bertahan selama 1000 hari.
Secara purata rambut akan tumbuh sepanjang setengah inci setiap bulan. Kadar pertumbuhan paling ketara ialah antara umur 16-24 tahun. Rambut akan tumbuh lebat pada usia berumur antara lima belas sehingga tiga puluh tahun.
Apa yang menariknya selalunya rambut akan gugur dengan sendirinya pada waktu pagi. Maka kebanyakan wanita menyedari rambutnya gugur di atas bantal.  

Simpan rambut pendek atau panjang?
Panjang sehelai rambut juga menjadi faktor bagi menentukan kadar keguguran rambut. Sebagai perbandingan jika seorang wanita itu menyimpan rambut pendek, sehelai rambut berukuran 4 inci akan gugur sebanyak 85 helai sehari, manakala 12 inci helaian rambut akan gugur sebanyak 25 helai sementara 20 inci dan seterusnya dianggarkan akan kehilangan 16 helaian sehari.
Umur juga memainkan peranan dalam masalah keguguran rambut.   Wanita berumur 40-50tahun selalunya akan kehilangan 20% dari rambutnya, namun keguguran rambut mereka lambat berbanding dengan lelaki.
Selain umur, ada beberapa faktor lain yang mempengaruhi kadar keguguran rambut yang berlebihan. Bagi lelaki ianya lebih disebabkan oleh faktor baka keturunan, sementara bagi wanita pula disebabkan oleh kelahiran bayinya, pill perancang, mengandung dan menopause yang semuanya disebabkan perimbangan hormon yang tidak stabil.
Stress di tempat kerja juga menyebabkan keguguran rambut berlebihan. Faktor-faktor lain seperti tekanan mental dan fizikal (kepenatan) akibat tuntutan kerja di bandar, jangkitan kuman di kulit kepala, kesan sampingan ubatan (herba dan moden), hormon yang tidak stabil dan pelbagai lagi.

Faktor baka keturunan
Ibubapa kita tidak hanya meninggalkan kita harta untuk anak-anaknya, tetapi juga beberapa penyakit, yang mana sama ada kita suka atau tidak, kita terpaksa terima.
Begitu juga dengan corak rambut yang kita miliki, ianya sama ada berasal dari baka ibu atau ayah kita. Corak rambut ini termasuklah sama ada rambut itu tebal, nipis, halus, kasar, lurus atau berombak.
Masalah keguguran rambut juga  ’dipusakai’ oleh kita. Jika bapa mempunyai masalah keguguran rambut di usia muda, bukan saja anak lelaki yang akan mengikuti jejak bapa, namun anak perempuan juga mungkin akan mengalami masalah keguguran rambut juga.

Trauma akibat tarikan kuat pada rambut

Rambut juga mungkin akan gugr jika kita mengenakan tekanan fizikal dan trauma kepada rambut. Rambut seharusnya dibelai dan dijaga. Namun ketika mendandani rambut atau mungkin kita ke salon, kita tidak memerhatikan aspek “memanjakan” rambut sehingga ianya merajuk dan tidak mahu tumbuh lagi.
Keadaan di mana rambut diikat dengan kuat atau ditarik semasa dandanan memberikan stress fizikal kepada rambut, ini dikenali sebagai Traction Alopecia. Mengikat rambut dengan kuat ala chignon style, atau ponytails,  atau pigtailsmemberikan kesan jangka panjang pada rambut. Jika tekanan stress fizikal ini berterusan, ianya akan menyebabkan satu ‘kawasan’ yang botak (spot baldness).
Spot baldness juga boleh disebabkan oleh trauma secara langsung kepada kepala. Kepala yang dipukul atau tercedera akan memberikan parut pada kulit kepala, seterusnya menyebabkan rambut tidak tumbuh di kawasan itu.

 

Jangkitan kuman dan penyakit sistemik

Jangkitan kuman sama ada bakteria, virus atau fungal akan menyebabkan satu ruang kawasan yang kehilangan rambut. Namun ianya boleh dirawat dengan shampoo dan losyen.
Banyak penyakit sistemik seperti diabetes mellitus dan gangguan kelanjar thyroid menyebabkan keguguran rambut yang banyak, di samping kadar pertumbuhan rambut yang kurang.

 

Ubat-ubatan (herbal atau moden)

Ada beberapa antibiotic (ubatan moden) dan ubatan herbal boleh menyebabkan keadaan yang sama. Kadang kala ubat-ubatan ini (herbal dan moden) kononnya boleh digunakan untuk mengubati jerawat jeragat dan parut. Ubat moden yang digunakan untuk merawat kenser boleh menyebabkan keguguran rambut yang sementara.

 

Gangguan emosi dan stress

Gangguan emosi dan stress selalu dihadapi oleh orang yang tidak dapat menghadapi tekanan hidup, sentiasa risau  memikirkan masalah samada di rumah atau di tempat kerja, mempunyai konflik hidup yang tidak pernah selesai. Mereka ini mudah keguguran rambut yang terlalu banyak.
Ini disebabkan apabila mereka stress, semua otot di kulit kepala dan leher menjadi mengecut (spasm), seterusnya menyebabkan peredaran darah ke kulit kepala terganggu dan akhirnya folikel tidak mendapat bekalan nutrien dan oksigen yang cukup.
Untuk mengelakkannya, urutan kepala yang sesuai akan akan mengurangkan ketegangan otot-otot itu seterusnya akan melancarkan peredaran darah ke kulit kepala.

 Hormon yang tidak stabil

Hormon yang tidak stabil adalah punca utama keguguran rambut yang serius. Ketidakstabilan hormon ini selalunya disebabkan oleh kehamilan, melahirkan anak, pengamalan pil perancang dan menopos (menopause).
Ketika kehamilan, kedaan rambut berada di peringkat terbaik kerana aktiviti hormone di peringkat yang optimum. Keguguran rambut bermula setelah melahirkan, kerana hormon wanita secara tiba-tiba berubah dan menyebab ketidakstabilan. Selalunya keguguran ini bermula setelah empat bulan melahirkan anak dan berterusan selama dua bulan.
Bagi wanita yang sihat, mempunyai berat yang sesuai, mempunyai kitaran haids yang tetap, makan makanan berkhasiat tetapi menggunakan pil perancang keluarga, boleh menyebabkan hormon dalam badannya menjadi tidak stabil. Akibatnya ia menyebabkan keguguran rambut.
Berlainan dengan wanita yang mempunyai kitaran haids yang tidak teratur, dan beliau memakan pil perancang untuk menstabilkan hormon, pengambilan pil perancang ini akan menyebabkan rambutnya lebat dan kekal sihat.
Menopaus boleh menyebabkan keguguran kerana tidak lagi mengeluarkan hormon wanita, yang mana menyebabkan rambut menjadi lemah, mudah gugur dan rambut kering.

Mengelakkan rambut gugur secara banyak
Rambut yang sihat tidak akan gugur dengan begitu banyak. Selain dengan masalah pada folikel (akar) rambut, keguguran yang terlalu banyak disebabkan oleh rambut yang lemah, kering dan rosak.
Mencuci dan merawat rambut dengan cara yang sesuai akan mengelakkan keguguran rambut secara berlebihan. Rawatan yang membantu rambut yang kering dan kasar menjadi lembap dan lembut semula. Beberapa minyak yang sesuai akan membantu perlembapan rambut.
Mengurut rambut secara kadar yang sesuai , seperti yang telah diterangkan boleh menyebabkan saluran darah akan bertambah baik, meningkatkan pengaliran darah seterusnya membekalkan oksigen dan nutrisi kepada kulit kepala dan rambut. Mengurut juga merangsangkan folikel rambut yang sedang dalam keadaan rehat untuk menggalakkan pertumbuhan dan agar memanjangkan rambut.
Memang tidak dapat dinafikan, bukan mudah hendak menjaga rambut. Banyak langkah-langkah yang teliti dan berterusan harus diambil. Namun saya percaya, rambut adalah antara organ badan yang perlu dijaga, dibelai dan dimanjakan.
Mungkin di lain kali saya akan menyentuh tentang rawatan rambut yang lebih praktikal. Semoga Allah memberikan saya kesihatan yang baik, masa yang banyak dan hati yang tenang untuk menulis lagi.

Susunan : Dr Zubaidi b Hj Ahmad

Friday, January 24, 2014

Gejala fibroids

Apakah Gejala-gejala Fibroid?

Fibroid mungkin tidak menimbulkan sebarang masalah. Ia hanya tumbuh secara senyap tanpa menimbulkan gejala atau tanda, dan tidak menimbulkan masalah kesihatan pada wanita. Oleh itu, seseorang wanita tidak boleh terus hidup dengan fibroid tanpa menyedarinya, khususnya jika wanita itu tidak pernah berjumpa doktor untuk mendapat pemeriksaan. Oleh kerana tidak semua fibroid menimbulkan masalah, jika ia kecil dan tidak menimbulkan sebarang tanda atau gejala, kadang-kala ia tidak memerlukan rawatan langsung.

Perlu saya tekankan di sini, bahawa wanita yang hampir putus haid dan mempunyai ketumbuhan fibroid yang kecil saiznya dan tidak menimbulkan apa-apa tanda, ia tidak perlu dibedah kerana biasanya fibroid yang kecil akan mencerut dengan sendiri ketika seseorang wanita itu putus haid. Seperti yang saya nyatakan di atas, ketumbuhan fibroid adalah dipengaruhi oleh estrogen.  Ketika seseorang wanita itu putus haid paras estrogen akan jatuh ke tahap yang  sangat rendah dan dengan sendirinya rahim akan menguncup dan ketumbuhan fibroid juga akan mencerut.


Gangguan Haid

Saya telah nyatakan di atas, bahawa tanda yang paling biasa bagi ketumbuhan fibroid ialah gangguan haid dan di antara gangguan-gangguan yang boleh menjejaskan kesihatan ialah pendarahan yang banyak dan berpanjangan. Keadaan ini boleh menyebabkan kehilangan darah yang begitu banyak dan menyebabkan seseorang wanita itu mengalami kekurangan darah(anemia). Keadaan ini boleh membahayakan kesihatannya.
      
Bagi wanita yang mengalami pendarahan yang banyak dan berketul-ketul pula, eloklah mereka diperiksa dan jika didapati menghidap penyakit fibroid, rawatannya ialah pembedahan. Walau bagaimanapun, gangguan haid jenis ini ialah sakit ketika haid (senggugut) dan juga haid yang tidak teratur dan hanya menitis sedikit-sedikit sahaja, dan tidak tentu waktunya. Setiap wanita, khususnya mereka yang berumur empat puluhan yang mengalami masalah gangguan haid, mestilah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dari doktor, khususnya doktor pakar sakit puan.

Masalah Ketidaksuburan Atau Kemandulan

Fibroid boleh juga menimbulkan masalah ketidaksuburan atau kemandulan di kalangan wanita. Oleh itu, wanita yang lambat berkahwin ataupun setelah beberapa tahun kahwin dan tidak mendapat anak, perlulah mendapatkan pemeriksaan daripada doktor pakar untuk mengesan sama ada dia mengalami masalah ketumbuhan dalam rahim. Tidak semestinya semua wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid tidak boleh mengandung kerana ramai juga wanita yang mempunyai fibroid dan masih boleh mengandung.


        Tetapi, di antara masalah-masalah yang boleh timbul akibat ketumbuhan fibroid terhadap kehamilan ialah ketumbuhan itu jika besar boleh menyebabkan keguguran ataupun kelahiran sebelum cukup bulan dan kadang-kala menimbulkan masalah kedudukan bayi yang tidak betul seperti songsang, melintang atau sebagainya.  Adakalanya ia menyekat kelahiran bayi kerana ketumbuhan itu terlalu besar dan tidak membolehkan kepala bayi turun ke rongga punggung. Wanita yang mengandung dengan fibroid kadangkala mengalami kesakitan kerana fibroid ini menjadi tegang dan tertekan. Di samping itu, ia mengalami proses perubahan yang dinamakan degenerasi. Inilah yang menyebabkan kesakitan bagi wanita yang mengandung dengan fibroid pada rahim.

Fibroid Boleh Menekan Pundi-Pundi Air Kencing

Pundi-pundi air kencing terletak sebelah-menyebelah rahim, iaitu pundi-pundi air kencing terletak di hadapan rahim. Oleh itu, jika ada sesuatu ketumbuhan, maka pundi-pundi air kencing akan tertekan. Ketika seseorang wanita hamil, pundi-pundi air kencing juga tertekan menyebabkan berlakunya jangkitan kuman. Akibatnya seseorang wanita itu sering mengalami masalah kencing seperti kerap-kali hendak kencing, tidak boleh menahan kencing dan kadangkala  wanita juga tidak boleh mengawal perkencingan apabila dia batuk dan atau bersin disebabkan tekanan ketumbuhan fibroid ke atas pundi-pundi air kencing. Wanita dalam umur empat puluhan yang mengalami masalah perkencingan eloklah juga diperiksa peranakannya. Kemungkinan ini disebabkan oleh ketumbuhan fibroid.

Fibroid Dan Kekenduran Rahim (Prolaps)

        Fibroid kadangkala menyebabkan prolaps atau kekenduran pada rahim. Bagi wanita yang telah putus haid dan mengalami kekenduran rahim selepas berulang-ulang melahirkan anak, khususnya mereka yang sukar untuk melahirkan anak, perlu dibantu dengan alat seperti forseps atau vakum. Keadaan ini akan menjadi lebih buruk jika ada ketumbuhan fibroid. Dalam hal demikian, rawatan sewajarnya ialah pembedahan.


Faedah & Kebaikan Energizing Soy Protein Shaklee (ESP)

Energizing Soy Protein Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan  protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik)  yang diproses di bawah suhu rendah. Selain itu, setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.
Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur – tua atau muda.
Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari  susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.



Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:
Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.
Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
Memulihkan Fungsi Prostat Lelak- genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.
Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.
Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.
Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.
Inginkan dapatkan penerangan lebih terperinci terus hubungi saya :

FB : Rosnany
Shaklee Distributor ID : 1067017
Call/SMS/Whatsapp : 012-969 1509
COD (Cash On Delivery) : Damansara Damai - Sri Damansara - Prima Damansara - Sg. Buloh - Mutiara Damansara - Mont Kiara - Sri Hartamas - Shah Alam
(boleh consider COD seluruh Kuala Lumpur & Selangor)


Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.

by MOMMY LYNA

Thursday, January 23, 2014

Sijil Halal Shaklee

Terlalu banyak isu mengenai soal halal haram produk Shaklee ataupun samada diiktirafkan ke tak oleh pihak JAKIM Malaysia.  Sebelum itu, saya lampirkan Sijil Halal Shaklee yang terbaru iaitu untuk 2013. 




Memang produk Shaklee tiada tanda halal daripada pihak JAKIM kerana produk Shaklee telah diperakui oleh pihak Islamic Sevices of America (ISA).

Apakah itu Islamic Sevices of America (ISA)?

ISA adalah satu badan di Amerika yang yang memeriksa dan meluluskan samada sesuatu produk yang dihasilkan sebelum dipasarkan mengikut syarat-syarat dan piawai-piawai yang ditentukan secara Islam ataupun tidak. 

ISA termasuk dalam badan yang diiktrirafkan oleh pihak JAKIM. Bila dah mengiktiraf bermaksud JAKIM akan ataupun sudah meneliti semua syarat-syarat dan kaedah pemprosesan produk Shaklee. Dan semestinya ditanggung HALAL. 

Untuk lebih terperinci anda boleh layari website Shaklee.com.my ataupun anda boleh terus call nombor yang tertera di sijil halal di atas. Ataupun anda boleh rujuk terus ke website JAKIM untuk lebih terperinci.

Daftar sebagai Ahli Shaklee

Untuk menjadi ahli Shaklee terdapat dua pilihan samada ingin yang berbayar ataupun secara percuma.

Untuk yang ingin berbayar, pendaftaran adalah RM75 untuk semenanjung Malaysia dan RM85 untuk Sabah dan Sarawak.

Tetapi anda berpeluang untuk mendapatkan keahlian secara PERCUMA dengan membuat pembelian produk Shaklee sebanyak RM660 ke atas. Kerana dengan pembelian RM660 ke atas, anda akan mendapat point (unit volume, UV) bernilai 200uv. Dan anda layak untuk mendapat bonus pada bulan berikutnya. 

Anda boleh membuat pembelian antaranya dengan:
1. 2 botol vivix
2. 3 kotak collagen powder ATAU
3. Mana-mana produk Shaklee yang lain

Ataupun anda boleh kongsikan dengan rakan-rakan sepejabat ataupun dengan keluarga ataupun saudara-saudara untuk beli produk Shaklee sehingga mencecah RM660 ke atas dan anda akan mendapat KEAHLIAN SECARA PERCUMA. 


Mudah kan. Cuma anda buat pembelian RM660 ke atas sahaja.

Tetapi mengapa perlu menjadi ahli Shaklee?

1. Yang pastinya anda akan dapat membeli dengan harga ahli iaitu perbezaan 
    dengan harga retail adalah 30%. Beza banyak kan.
2. Berpeluang untuk mendapat bonus dengan pengumpulan point. Wahh duk goyang 
    kaki pun leh dapat bonus andainya anda tidak serius berbisnes.
3. Untuk yang ingin serius berbisnes, kami adalah group yang hebat untuk membantu 
    anda menjana pendapatan secara tetap ataupun sampingan. Samada untuk belajar 
    mengenai marketing, berblog, dan sebagainya. Semuanya dihujung jari sahaja 
    tidak perlu untuk keluar rumah meeting ataupun berjumpa prospek. 
4. Inginkan pendapatan 2,3,4,5 ataupun 6 angka mengikut kemahuan anda. Yang penting
    usaha gigih dan hati yang kental. Tiada istilah goyang kaki untuk mudah dapatkan duit.

Anda hanya perlu buat pembayaran RM75 dan berikan maklumat anda untuk didaftarkan iaitu:

1. Nama Penuh Pemohon
      2. Nombor Kad Pengenalan Pemohon
      3. Nama Suami (Optional)
      4. Nombor Kad Pengenalan Suami (Optional)
      5. Alamat Surat-Menyurat
      6. Alamat Email
      7. No Akaun Mana-mana Bank (Semasa atau Simpanan)
      8. Cawangan Akaun Mana-mana Bank
Inginkan dapatkan penerangan lebih terperinci terus hubungi saya :

FB : Rosnany
Shaklee Distributor ID : 1067017
Call/SMS/Whatsapp : 012-969 1509
COD (Cash On Delivery) : Damansara Damai - Sri Damansara - Prima Damansara - Sg. Buloh - Mutiara Damansara - Mont Kiara - Sri Hartamas - Shah Alam
(boleh consider COD seluruh Kuala Lumpur & Selangor)
Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.


Monday, January 20, 2014

Bercuti di Fraser Hill

Bercuti di Fraser Hill. Mulanya plan nak ke Kulim,Kedah..pastu tak jadi sbb cik abe kena kerja hari ahad. So,tukar plan ke tempat yang dekat je lah. Semalam hari Jumaat, jalan2 pusing KL dulu..sambil tu tgh pikir nk pergi mana. Plannya nk ke tempat SEJUK!! 

Ok, ada 3 pilihan, Cameron Highlands @ Bukit Tinggi @ Fraser Hill. Cik abe x mau dah ke Cameron sbb dh banyak kali pergi. Nak pergi ke Bukit Tinggi aku lak yang x mau. Sbb kawan cakap tak berbaloi nak tidur sana. Tanya punyer tanya..pilih punyer pilih, so kami decide pergi Fraser Hill!! Sbb ak mmg plan nk ke tempat sejuk! ngeeeeeee!!!!!

Dari KL kami ke Fraser Hill. Cik abe singgah solat Jumaat di Serendah. Lepas tu kami teruskan perjalanan. Dah lepas je Kuala Kubu Baru, jalan dah mula pusing sana pusing sini. yg drive je yg pening! 2 orang MADAM tengok jek!! 

Sudah besar anakku!
Terasa macho!


Cik dara saya yg sedang menghayati keindahan alam ciptaan Allah SWT. Saya kagum dgn ciptaanNya. Jalan berbukit2,pusing sana pusing sini.. x jemu sbb indahnya pemandangan. 

Kami sampai sana sebelum asar. Terjah je cari bilik! mahal pun amik jek..heh heh heh!

Bila dapat bilik kami rehat & solat dulu then kami keluar jalan2 pusing2 kawasan sekitar. Bawa cik dara main2 taman then kami makan malam. Saya oder nasi putih padprik. Fuh!!! meletop sedapnya! x sempat nak amik gambar sebab lapar yang amat! 

Dia sendiri yg minta nk bergambar di sini
Lepas makan kami balik resort. Ya Allah suhu sejuk hingga ke tulang kering. Kalah suhu Cameron!
tak nyesal la pilih datang sini. Berbaloi2 sejuknya!! Saya dengan cik abe tak tahan sejuk tp cik dara kami rilek jek! main tak ingat dunia! tak reti sejuk! Siap mandi & berendam dalam bath tub. huh! kami ketar cik dara PANAS! darah apa tak tau la!

Ni muka baru bangun tido

Lepas subuh dalam kul 7 pagi kami turun untuk breakfast. tengok luar tak nampak apa. Kabus tebal. Sejuk sejuk sejuk yang amat. tetiba terpikir,macam mana nak g London nih! Muahahhahaha
Kami breakfast dengan roti canai. sedap!

RosEryna tunggang kuda..hehehe


Lepas breakfast kami pergi tunggang kuda. Bayaran RM8 untuk saya & cik dara. Cik abe takut!! hehehehe. Masa naik atas kuda tu,takut juga la. Boleh rasa keGAGAHan kuda tu. Cik dara saya pot pet pot pet. Saya baca ayat Qursi sepanjang tunggang kuda. Takuttttttt!!


Cik abe bagi makan carrot je kat kuda. Tu je dia berani. Heehehhe

Selesai tunggang kuda, kami ke tempat memanah & menyumpit. Bayaran RM8 + RM7. Best juga memanah nih. Maklumlah kena sasaran! Hahahahaha. Bab menyumpit pun sama. Walau x kena sasaran tapi puas hati! hehehehe. Tengok gambar pun dah tahu saya boleh buat..ekekekekeke

Sekali dua buat x pandai..lps tu pandai la.. :-)

Gaya seorang pro! Muaahahha

Sumpit menyumpit pun saya menang! yeahhh!

Gaya 'penyumpit' yg pro eksyen..ekekekeke

Selesai semua kami balik resort, mandi manda kemas baju & balik! 
Yang pasti saya rasa nak pergi lagi laaaaa!! Nak stay 2 malam! hehheheeeeeeeeeee