Wednesday, January 15, 2014

Tips untuk Tingkatkan Kesuburan Suami & Isteri

Sebelum ini saya ada berkongsi tantang Punca Wanita Alami Masalah Ketisaksuburan. Sekarang nak share Tips untuk tingkatkan kesuburan suami & Isteri pula.

Saya berkahwin pada 1.5.2009. Pada tarikh tu saya period hari kedua. Tak lama selepas tu saya disahkan mengandung. Alhamdulillah rezeki di awal perkahwinan. Orang tua cakap bunting pelamin. Hehehehe.....

Ramai yang inginkan zuriat sendiri. Cuma belum di berikan rezeki dariNya. Saya percaya ramai yang berusaha untuk mendapatkan zuriat. Disekeliling saya,sepupu,sedar2,kawan2..mereka semua menanti kehadian zuriat untuk menyerikan lagi rumahtangga mereka. Saya kagum kerana mereka tak putus berdoa dan berusaha supaya diberikan zuriat pengikat kasih sayang.

Disini ada beberapa tips dari Pakar Perbidanan Dr. Hamid Arshat,semoga menjadi panduan untuk kita.

Untuk wanita, kahwin cepat bila ada peluang. Terbukti wanita paling subur sebelum umur 20 tahun. Masa itu belum tumbu endometriosis, fibroids dan lain-lain penyakit peranakan.

 Lebih 80% akan hamil satu tahun lepas kahwin. Jika ada senggugut atau gangguan haid jumpa doktor secepat untuk periksa peranakkan dan ujian kesuburan.

 Tentukan status kesihatan suami isteri terbaik. Buat rawatan jika ada penyakit.

 Mampu buat hubungan seksual yang  sempurna dan memuaskan. Ada yang kahwin selama enam tahun tapi masih gagal menembusi selaput dara isteri. Jumpa pakar untuk rawatan jika masih gagal dalam tempuh 6 bulan kahwin.

♥ Peluang hamil terbaik jika pusingan haid isteri teratur iaitu 28-30 hari (+/- 5 hari). Waktu subur atau ovulation pada hari ke14 jika pusingan 28 hari dan subur hari ke16 jika pusingan 30 hari. Waktu subur boleh dikesan dengan catitan suhu BBT dan ovulation test kit. BBT



 Hubungan seksual selang malam mulai hari ke12 hingga hari ke20. Kekuatan benih suami terbaik dalam jarak 48 jam.
  • Baca fatihah, ayat qursi dan tiga qul sebelum tidur. Baca doa untuk dapat zuriat yang terbaik sebelum jimak agar dilindungi dari gangguan syaitan.
  • Jangan bangun untuk buang air atau cuci faraj bila bersetubuh pada waktu subur. Kepit peha dan alas bantal dibawah pinggang selama 2-4 jam atau terus tidur.
  • Jika ada peluang pergi bercuti ditempat peranginan ketika isteri subur.
 Ketenangan jiwa dan lapang fikiran pada kedua suami dan isteri adalah sangat untuk menjayakan kehamilan.
  • Senaman selama 30 minit sehari dengan berjalan kaki , jogging , kayuh basikal, berkebun, basuh kereta atau cuci rumah.
  • Buat senaman, tai chi atau deep breathing exercise. Mulut dan hati sentiasa berzikir mengingati dan memuji Allah SWT.
  • Baca quran 2-3 muka setiap hari.  Tahan marah dan bersabar walaupun menghadapi provokasi.
 Kawal berat badan. Kegemukan akan mengganggu hormon subur dan menghindar pematangan telur/ovulation. Rujuk kepada garis panduan untuk menguruskan badan.

 Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sangat penting. Sebaiknya 70% makanan dari bahan-bahan segar segar – buah-buahan dan sayur-sayuran. Minum jus segar dari buah-buahan dan sayur-sayur. Jauhkan gula dan manisan, fast dan junk foods. Rujuk garis panduan pemakanan.

 Makan supplemen multivitamin, vitamin E dan C, asid folik dan tambahan untuk suami ambillah zink dan selenium.





Semoga diamalkan selalu, InsyaAllah.

Di sini ada beberapa TESTIMONI customer untuk rujukan semua. Alhamdulillah.. ada yang dah berjaya :D




Untuk Set Kesuburan Suami Isteri boleh klik di sini Punca Wanita Alami Masalah Ketisaksuburan


Atau boleh hubungi terus hubungi saya,

Shaklee Distributor ID : 1067017
Call/SMS/Whatsapp : 012-969 1509
COD (Cash On Delivery) : Damansara Damai - Sri Damansara - Prima Damansara - Sg. Buloh - Mutiara Damansara - Mont Kiara - Sri Hartamas - Shah Alam
(boleh consider COD seluruh Kuala Lumpur & Selangor)

Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.

No comments:

Post a Comment