Thursday, April 10, 2014

Banyaknya Duit Dia!

Fakta: Kini ramai muda-mudi terjerumus dalam bebanan hutang yang pelbagai, daripada hutang pembelajaran, kad kredit juga pembelian kereta.
Fakta: Kini ramai muda-mudi yang terpaksa diisytiharkan muflis akibat tidak dapat membayar hutang keliling pinggang. 
Fakta: Ramai muda-mudi kini sangat lemah dalam pengurusan wang yang mengakibatkan perbelanjaan mewah yang tidak terkawal. 
  
Foto
Perkara ini terjadi di sekeliling kita. Mungkin tidak dapat dilihat dek mata kasar kerana masalah kewangan memang sukar dilihat. Namun, ia tetap terjadi terutama dalam kalangan muda-mudi generasi Y. 
Generasi Y adalah golongan muda yang lahir mulai pertengahan 80-an.  Mereka adalah golongan yang amat besar dan terus meningkat di arena pekerjaan pelbagai sektor. 

Bukan hendak mengata semuanya tidak pandai menguruskan wang, tetapi boleh dikatakan ramai antara mereka yang masih kurang memberi penekanan pada simpanan untuk masa hadapan, tambahan lagi ketika kos sara diri yang semakin tinggi kini. 

Ada yang mengeluh mengatakan tidak cukup hendak menyimpan kerana perbelanjaan harian juga sudah tinggi. Sememangnya bagi mereka yang berjimat cermat, tetapi masih sukar menyimpan, pasti alasan ini boleh diterima. 

Tetapi ada juga sebilangan besar yang mengeluh tidak dapat menyimpan, namun perbelanjaan yang keluar dari poket pula boleh dikatakan cukup mewah. Makan minum di kafe atau restoran ternama, menggunakan telefon pintar canggih terkini juga membawa kereta di luar kemampuan hanya semata-mata hendak mengejar trend gaya hidup masa kini. 

Mengapa ini terjadi? 

Zaman teknologi dan informasi membolehkan maklumat tersebar dengan meluas dan cepat. Segala yang terkini dan canggih akan mendapat tumpuan melalui media sosial. Untuk menjaga taraf sosial pula, muda-mudi berkejar-kejar untuk mendapatkan apa saja yang terkini dan makan minum di tempat mewah supaya dapat dilihat mempunyai “status” yang hebat. 

Dulu, mungkin tekanan daripada rakan-rakan sekeliling atau rakan pejabat membuatkan gaya hidup kita tercabar untuk mempamerkan gaya hidup hebat. Tetapi kini dengan adanya media sosial, impak ini berganda apabila muda-mudi terkejar-kejar mempamerkan gaya hidup mewah melalui media sosial sekadar memuaskan hati mereka yang tidak dikenali yang digelar “friends”. 

Seperti yang disebut, tidak semua berkelakuan begini. Bagi mereka yang sedia berpendapatan rendah dan berjimat cermat tetapi tetap tidak dapat melakukan simpanan, semestinya perlu mencari alternatif pendapatan sampingan. 

Bagi mereka yang berpendapatan rendah tetapi berbelanja mewah dan tidak dapat melakukan simpanan malah hanya menambah hutang, perlu lebih berhati-hati dan sedar kepentingan pengurusan kewangan untuk tahun yang akan datang. 

Bagaimana bagi mereka yang berpendapatan tinggi dan berbelanja mewah pula? 

Tidak salah mengupah diri sendiri atas hasil kerja cemerlang yang mencerminkan pendapatan. Tetapi masih perlu ingat bahawa kekayaan adalah wang yang disimpan dan bukan pendapatan yang diterima. Pendapatan tinggi, tetapi simpanan sifar dan hutang yang tinggi bererti anda tetap miskin. 

Pesanan kepada generasi Y, sedar bahawa kewangan sendiri adalah tanggungjawab diri sendiri. Bukan saja pengurusan kewangan hari ini, tetapi simpanan kewangan yang perlu dilakukan untuk tahun yang akan datang. 


Berinteraksi mengenai  kewangan, perniagaan dan motivasi di Facebook Irfan Khairi di www.facebook.com/irfankhairi.fb Tanyakan soalan anda di sana! 
  

Soalan pembaca: 

Salam Irfan Khairi, 
Apakah caranya untuk mengawal nafsu membeli? Ini terutama membabitkan barangan bukan keperluan dan sekadar memenuhi kemahuan. 

Salina Ismail, 
Puchong, Selangor.
 
  
Mudah saja, kurangkan aktiviti keluar membeli-belah! Sememangnya ada beberapa cara dan teknik untuk mengurangkan nafsu membeli seperti “Tunggu Satu Minggu”, iaitu memaksa diri menunggu satu minggu sebelum melakukan belian untuk mengelakkan pembelian secara emosi.  Waktu terbabit akan membuatkan diri kita ‘sejuk’ daripada nafsu ingin membeli. 

Anda boleh juga hanya membawa wang secukupnya ketika keluar dan tinggalkan kad kredit di rumah. Ini memaksa anda supaya tidak membeli apa yang anda tidak rancang. Apa yang penting sekali adalah lakukan bajet mingguan dan bulanan. 

Letakkan keutamaan kepada perbelanjaan keperluan dan bukan kemahuan. Tanamkan tabiat untuk sering mengikut bajet yang sudah ditetapkan. Mungkin sukar pada awalnya, tetapi lama-kelamaan ia akan menjadi sebati untuk terus mengikut bajet anda. Fikirkan keutamaan anda dan fikir secara rasional!

Sumber : Harian Metro

Wednesday, April 2, 2014

Tips Membeli Produk Shaklee dengan Harga Ahli


Seminggu dua bulan lepas semasa promosi ESP, macam-macam hal yang terjadi. Ramai yang sms/call/whatsapp bertanyakan " tak boleh bagi harga ahli ke? " " tak boleh kurangkan harga ke? ".
Sekarang ni berkuatkuasa serta merta, Shaklee dah tetapkan tak boleh jual harga ahli dengan bukan SID. Jika jual juga, keahlian kami akan di suspend / terminate.

Shaklee buat macam ni bersebab. Sebab nak selamatkan pasaran Shaklee. Sebenarnya dah lama Retail Price ni berkuatkuasa,cuma ada SID yang tidak bertanggungjawab menjual dengan harga ahli atau bawah harga ahli semata-mata nak habiskan stok atau nak upkan sales. 

Bila join ahli ni,banyak kelebihannya. Antaranya dapat harga murah 25% dari harga pasaran. Bukan ke itu jimat? Contohnya jika awak beli satu vitamin,esok satu lagi vitamin,'untung' yang saya dapat tu dah boleh daftar ahli awak tau.Kan ke jimat dan menguntungkan awak bila dah jadi ahli ni? :-)
Jika ada kawan-kawan awak yang nak beli vitamin, awak boleh belikan untuk dia, tak de la nak suruh saya belikan. Awak juga yang dapat untung dan kemungkinan besar awak akan dapat cash back lagi bulan depan. Bila dah dapat cash back, mestila sukakan? kan? kan? 

Jika customer atau awak yang join ahli bawah saya untuk dapatkan harga ahli,saya tetap akan layan awak macam customer. Order vitamin untuk awak. Poskan kat awak. Senang jekan? tak nyusahkan awak kalau dah jadi ahli kan? Sebabnya saya masih 'on your service'!

Jika dah daftar dan teringin untuk buat bisnes,saya akan masukkan awak dalam group kami yang hebat! Bersama leader-leader yang hebat dalam memberi tunjuk ajar tanpa jemu setiap hari! Ajar cara nak makan vitamin / set atau apapun. Nak tanya pasal produk yang mana,tentang apa,set apa,untuk penyakit apa. In shaa Allah group kami akan membantu awak. Setaip produk yang kita beli,mesti kita nak yang bagus-bagus kan? kalau tidak,membazir jek beli mahal-mahal. Dalam group kami ni takde istilah orang tinggi,orang besar. Kami dah seperti adik beradik,sepupu sepapat,mak nenek moyang bagai! Kerana persaudaraan inilah yang membuatkan kami berjaya! Dan lagi satu,takkan la bila dah daftar ahli tak mau buat biz kot.....tengok kawan-kawan masyuk je tiap-tiap tengah bulan...meleleh juga air liur kan?? hehhehehe... 
Group kami ramai yang dapat income beribu-ribu sebulan dengan hanya menjual produk. Bukan dengan cari orang dan dapat hasilnya. Ini bukan cara Shaklee tau! 

So,tunggu apa lagi? Daftar ahli RM65.00 seumur hidup! Seumur hidup tau! tak rugi pun sebab setiap kali beli dapat harga ahli. Kan? 

Boleh rujuk disini untuk mengetahui cara menjadi ahli dengan lebih details. Kalau tak nak baca,boleh sms / whatsapp / call saya jek. 

FB : Rosnany
Shaklee Distributor ID : 1067017
Call/SMS/Whatsapp : 012-969 1509
Cash On Delivery (COD) : Damansara Damai - Sri Damansara - Prima Damansara - Sg. Buloh - Mutiara Damansara - Mont Kiara - Sri Hartamas - Shah Alam
(boleh consider COD seluruh Kuala Lumpur & Selangor)
Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.