Wednesday, March 19, 2014

Gastrik. Punca dan Simptomnya




Ramai orang mengalami masalah gastrik yang tak mengenal jantina dan usia. Mari kita fahami tentang penyakit gastrik ini. Kenali punca dan simptomnya.

Ulser peptic ditakrif sebagai luka kecil yang terjadi di bahagian usus, selalunya di bahagian duodenum (dipanggil duodenal ulcer) ataupun perut (dipanggil gastric ulcer). Ulser ini selalunya benign (tidak menyebabkan berlakunya kanser). Bagaimanapun peratusan kecil ulser ini boleh menjadi malignant (akhirnya menyebabkan kanser).

Apakah yang menyebabkan terjadinya penyakit ini?
Penyakit ini dipercayai disebabkan oleh ketidakseimbangan kandungan asid dan pepsin di dalam usus. Pengeluaran asid yang berlebihan menyebabkan terjadinya ulser.
Bagaimanapun, pada tahun 1982, dua orang saintis Warren dan Marshall telah mengaitkan bakteria Helicobacter pylori (lebih biasa dikenali sebagai H. pylori) dengan ulser. Didapati sehingga 80% ulser gastrik disebabkan oleh bakteria ini. Bakteria ini boleh hidup dalam keadaan yang berasid tinggi kerana ia boleh mengeluarkan sejenis enzim yang meneutralkan asid tersebut.

Apakah faktor yang mempengaruhi penyakit ini?
  • pengambil ubat-ubat tahan sakit seperti aspirin, brufen dsb. Kumpulan ubat dari  jenis NSAID (non-steroidal anti-inflammatory drugs) ini boleh menyebabkan atau memburukkan lagi ulser yang dihidapi.
  • orang yang lebih tua, berusia 50 tahun ke atas. Ini mungkin kerana mereka lebih kerap mengambil ubat tahan sakit untuk penyakit arthritis (sakit sendi), atau sebab-sebab lain.
  • penyakit tertentu seperti Crohn's disease dan Zollinger-Ellison syndrome
  • orang yang berdarah jenis A.
  • pengambilan kafein dan alkohol berlebihan.
  • perokok.
  • pemakanan yang tidak terurus.
  • stress (tekanan) secara tidak langsung boleh mempengaruhi penyakit ini.

Tanda-tanda Penyakit Gastrik

Pedih ulu hati 
- Masalah pedih ulu hati disebabkan beberapa faktor sama ada daripada ulser gastrik (perut) atau ulser duodenum yang boleh dikategorikan kepada jenis peptik. Ulser duodenum yang boleh dikategorikan kepada jenis ulser peptik. Selain itu, refluks esofigitis atau keadaan apabila pesakit terasa asid naik ke belakang mulut (kepanasan) juga membuatkan seseorang terasa loya, payau, sesak nafas dan batuk.

Batu dalam pundi hempedu 
- Boleh menyebabkan seseorang pedih padabahagian ulu hati. Punca hanya boleh diperoleh menerusi ujian ultra bunyi (Ultrasound) di perut, endoskopi, ujian darah dan pernafasan. Sakit semakin teruk apabila mengambil makanan berlemak kerana ia menyebabkan hempedu mengecut seterusnya menjadi kejang. Hampir 30 peratus menghidap batu hempedu tidak berasa sakit. 

Radang pankreas 
- Kesakitan pada bahagian ini boleh dianggap serius kerana ia memberi makna pankreas sudah rosak berikutan keracunan. Terlalu banyak alkohol antara punca yang membuatkan bahagian ini tersumbat atau rosak. 

Ulser perut 
- Terdapat tanda kemerah-merahan atau luka pada dindingmukoza. Jika dibiarkan tanpa rawatan segera, luka sedia ada menjadi bertambah teruk. Gejala ini juga boleh berlaku di bahagian usus kecil. 


Pesakit akan mengalami satu atau lebih tanda-tanda di bawah ini:
  • sakit perut dan rasa tidak hadam makan. Sakit perut selalunya dirasai di bahagian atas perut
  • rasa pening kepala.
  • mengalami angin. Terasa sakit di bahagian ulu hati. Sendawa dan kentut yang kerap.
  • muntah
  • badan rasa lemah lesu.
  • berat badan menurun.
  • najis menjadi hitam atau gelap (kerana ia sebati dengan darah).

Langkah-langkah yang boleh anda lakukan
  • makan yang kerap. Ambil makanan ringan antara makan utama. Ini untuk mengelakkan perut daripada kosong.
  • rehat yang lebih.
  • jauhkan daripada perkara-perkara yang boleh mempengaruhi terjadinya atau memburukkan lagi ulser (sila rujuk di atas).
  • pengambilan makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, kobis, brocolli harus ditambah. Sulfur membentuk glutathione yang melindungi lapisan perut.
  • ambil vitamin C 100mg untuk mengurangkan kandungan nitrosamines yang boleh menyebabkan kaser perut.
  • tambahkan zink dalam pemakanan untuk proses penyembuhan.
  • pengambilan probiotik (bakteria baik) hendaklah diamalkan.

Ulser didapati sering berulang-ulang terutama sekiranya H.pylori tidak dibunuh. Dalam erti kata lain, pengambilan ubat-ubatan selain daripada yang boleh membunuh bakteria H. pylori adalah sebagai langkah yang berterusan. Pesakit yang mengambil ubat untuk membunuh bakteria H. pylori selalunya (90%) tidak lagi mengalami masalah ulser selepas itu.
Kajian terkini mendapati ada kaitan antara H. pylori dengan kejadian kanser perut. Di Colombia dan China, di mana kehadiran H. pylori dalam usus adalah biasa, peratusan yang menghidapi kanser perut adalah tinggi.
H. pylori boleh berjangkit melalui air minuman dan pemakanan. Ia juga boleh berjangkit melalui air liur (seperti bercumbuan).

Pesakit juga mungki muntah darah dan mendapati darah didalam najis. Sekiranya ulser tidak dirawat,ia boleh menyebabkan masalah yang lebih teruk lagi. Antaranya;
 : hemorrhage iaitu pendarahan dalaman yang teruk. Akibatnya pesakit akan kehilangan banyak arah. Pesakit juga mungkin muntah darah dan mendapati darah dalam najis mereka.
: Lubang akan terbentuk didalam lapisan usus. Ini boleh menyebabkan acute peirtonitis dan memerlukan pembedahan segera.
: Perjalanan makanan dlam usus boleh terhalang bila terdapat parut hasil daripada ulser tersebut. Ini menyebabkan pesakit muntah dan boleh menurunkan berat badan.


Facebook : Rosnany
Shaklee Distributor ID : 1067017
Call/Sm/Whatsap : 012-9691509
Fan Page :  Vita Health & Beauty
Cash on Delivery (C.O.D) : Damansara Damai - Prima Damansara - Sg. Buloh - Mutiara Damansara - Damansara Perdana - Kota Damansara - Mont Kiara - Sri Hartamas - Shah Alam
(boleh consider C.O.D seluruh Kuala Lumpur dan Selangor)
Penghantaran keseluruh Malaysia dilakukan melalui Pos Laju Malaysia

No comments:

Post a Comment