Monday, January 20, 2014

Bercuti di Fraser Hill

Bercuti di Fraser Hill. Mulanya plan nak ke Kulim,Kedah..pastu tak jadi sbb cik abe kena kerja hari ahad. So,tukar plan ke tempat yang dekat je lah. Semalam hari Jumaat, jalan2 pusing KL dulu..sambil tu tgh pikir nk pergi mana. Plannya nk ke tempat SEJUK!! 

Ok, ada 3 pilihan, Cameron Highlands @ Bukit Tinggi @ Fraser Hill. Cik abe x mau dah ke Cameron sbb dh banyak kali pergi. Nak pergi ke Bukit Tinggi aku lak yang x mau. Sbb kawan cakap tak berbaloi nak tidur sana. Tanya punyer tanya..pilih punyer pilih, so kami decide pergi Fraser Hill!! Sbb ak mmg plan nk ke tempat sejuk! ngeeeeeee!!!!!

Dari KL kami ke Fraser Hill. Cik abe singgah solat Jumaat di Serendah. Lepas tu kami teruskan perjalanan. Dah lepas je Kuala Kubu Baru, jalan dah mula pusing sana pusing sini. yg drive je yg pening! 2 orang MADAM tengok jek!! 

Sudah besar anakku!
Terasa macho!


Cik dara saya yg sedang menghayati keindahan alam ciptaan Allah SWT. Saya kagum dgn ciptaanNya. Jalan berbukit2,pusing sana pusing sini.. x jemu sbb indahnya pemandangan. 

Kami sampai sana sebelum asar. Terjah je cari bilik! mahal pun amik jek..heh heh heh!

Bila dapat bilik kami rehat & solat dulu then kami keluar jalan2 pusing2 kawasan sekitar. Bawa cik dara main2 taman then kami makan malam. Saya oder nasi putih padprik. Fuh!!! meletop sedapnya! x sempat nak amik gambar sebab lapar yang amat! 

Dia sendiri yg minta nk bergambar di sini
Lepas makan kami balik resort. Ya Allah suhu sejuk hingga ke tulang kering. Kalah suhu Cameron!
tak nyesal la pilih datang sini. Berbaloi2 sejuknya!! Saya dengan cik abe tak tahan sejuk tp cik dara kami rilek jek! main tak ingat dunia! tak reti sejuk! Siap mandi & berendam dalam bath tub. huh! kami ketar cik dara PANAS! darah apa tak tau la!

Ni muka baru bangun tido

Lepas subuh dalam kul 7 pagi kami turun untuk breakfast. tengok luar tak nampak apa. Kabus tebal. Sejuk sejuk sejuk yang amat. tetiba terpikir,macam mana nak g London nih! Muahahhahaha
Kami breakfast dengan roti canai. sedap!

RosEryna tunggang kuda..hehehe


Lepas breakfast kami pergi tunggang kuda. Bayaran RM8 untuk saya & cik dara. Cik abe takut!! hehehehe. Masa naik atas kuda tu,takut juga la. Boleh rasa keGAGAHan kuda tu. Cik dara saya pot pet pot pet. Saya baca ayat Qursi sepanjang tunggang kuda. Takuttttttt!!


Cik abe bagi makan carrot je kat kuda. Tu je dia berani. Heehehhe

Selesai tunggang kuda, kami ke tempat memanah & menyumpit. Bayaran RM8 + RM7. Best juga memanah nih. Maklumlah kena sasaran! Hahahahaha. Bab menyumpit pun sama. Walau x kena sasaran tapi puas hati! hehehehe. Tengok gambar pun dah tahu saya boleh buat..ekekekekeke

Sekali dua buat x pandai..lps tu pandai la.. :-)

Gaya seorang pro! Muaahahha

Sumpit menyumpit pun saya menang! yeahhh!

Gaya 'penyumpit' yg pro eksyen..ekekekeke

Selesai semua kami balik resort, mandi manda kemas baju & balik! 
Yang pasti saya rasa nak pergi lagi laaaaa!! Nak stay 2 malam! hehheheeeeeeeeeee




No comments:

Post a Comment