Thursday, January 23, 2014

Sijil Halal Shaklee

Terlalu banyak isu mengenai soal halal haram produk Shaklee ataupun samada diiktirafkan ke tak oleh pihak JAKIM Malaysia.  Sebelum itu, saya lampirkan Sijil Halal Shaklee yang terbaru iaitu untuk 2013. 




Memang produk Shaklee tiada tanda halal daripada pihak JAKIM kerana produk Shaklee telah diperakui oleh pihak Islamic Sevices of America (ISA).

Apakah itu Islamic Sevices of America (ISA)?

ISA adalah satu badan di Amerika yang yang memeriksa dan meluluskan samada sesuatu produk yang dihasilkan sebelum dipasarkan mengikut syarat-syarat dan piawai-piawai yang ditentukan secara Islam ataupun tidak. 

ISA termasuk dalam badan yang diiktrirafkan oleh pihak JAKIM. Bila dah mengiktiraf bermaksud JAKIM akan ataupun sudah meneliti semua syarat-syarat dan kaedah pemprosesan produk Shaklee. Dan semestinya ditanggung HALAL. 

Untuk lebih terperinci anda boleh layari website Shaklee.com.my ataupun anda boleh terus call nombor yang tertera di sijil halal di atas. Ataupun anda boleh rujuk terus ke website JAKIM untuk lebih terperinci.

No comments:

Post a Comment