Tuesday, March 18, 2014

Siapa yang perlukan Omega Guard?

Di entry sebelum ini saya terangkan mengenai Omega Guard dan Kelebihan Omega Guard. Hari ini pula saya saya ingin terangkan tentang siapa yang perlukan Omega Guard.



Warga Emas

  • Pentingnya Omega Guard untuk warga emas adalah kerana ianya bertujuan untuk mengelakkan penyakit Osteoporosis dan Rheumatoid arthritis (RA). Ini kerana kajian menunjukkan bahawa asid lemak Omega -3 boleh membantu meningkatkan tahap kalsium dalam badan dan meningkatkan kekuatan tulang. Dalam kajian ke atas wanita lebih 65 dengan osteoporosis, mereka yang mengambil EPA dan GLA tambahan mempunyai kehilangan tulang kurang lebih 3 tahun daripada mereka yang mengambil plasebo. Kebanyakan wanita juga mengalami peningkatan dalam kepadatan tulang. Kajian juga menunjukkan bahawa EPA dan minyak ikan boleh membantu mengurangkan gejala lupus, keadaan autoimun yang dicirikan oleh keletihan dan sakit sendi.


    Pesakit Jantung

    • Kajian membuktikan kebaikkan Omega 3 adalah untuk membantu mengelakkan dan merawat sakit jantung. Omega boleh mengekalkan rentak degupan jantungSatu kajian mendapati, mereka yang telah mengalami serangan jantung dan mengambil minyak ikan, mereka mempunyai risiko kematian 45% lebih rendah dari mereka yang tidak mengambil minyak ikan. Ikan dan minyak ikan boleh memperlahankan arteriosclerosis dan merendahkan risiko serangan strok.



      Wanita Hamil
      • Omega 3 didapati penting untuk perkembangan sistem saraf otak dan awal penglihatan bayi. Kajian menunjukkan bahawa  ibu mengandung didapati kesusutan omega 3 dalam badan jika pengambilan omega 3  yang kurang dalam pemakanan akibat janin menggunakan omega 3 untuk perkembangan sistem saraf otak. Omega 3 juga digunakan selepas bersalin untuk membuat susu ibu yang penting untuk perkembangan bayi. Kajian telah mengesahkan bahawa pengambilan tambahan EPA dan DHA kepada diet seorang ibu hamil mempunyai kesan positif ke atas pembangunan penglihatan dan kognitif bayi. Kajian juga telah menunjukkan bahawa penggunaan omega 3 yang lebih tinggi boleh mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi.
        Asid lemak omega 3 mempunyai kesan positif ke atas kehamilan. Peningkatan pengambilan EPA dan DHA boleh mencegah kelahiran pramatang, mengurangkan risiko pre-eklampsia dan boleh meningkatkan berat kelahiran bayi. Kekurangan pengambilan omega 3 juga meningkatkan risiko kemurungan ibu mengandung. Ini dapat menjelaskan mengapa gangguan emosi selepas lahir mungkin menjadi lebih buruk dan mula lebih awal untuk kehamilan berikutnya.





        Wanita selepas bersalin / menyusu
        • Ibu muda mengalami kemurungan kerana peningkatan hormon proinflamamtory cytokine. Hormon ini meningkat ketika trimester ke-3 kehamilan sehingga tempoh selepas bersalin.Selain itu, pengaruh emosi seperti stress dan gangguan tidur akan meningkatkan lagi penghasilan proinflammatory cytokine ini. Penyusuan boleh membantu mood ibu dan merendahkan tahap stress.Oleh itu, ia dapat membantu mengelakkan terjadinya kemurungan.Selain itu, pengambilan asid lemak Omega-3 dengan kandungan EPA dan DHA juga dapat membantu meredakan kemurungan.


        Diabetis
        • Pesakit diabetes sering mempunyai trigliserida tinggi dan paras HDL yang rendah. Asid lemak Omega-3 dari minyak ikan boleh membantu merendahkan trigliserida dan apoproteins (penandadiabetes) dan meningkatkan HDL, jadi makan makanan atau mengambil makanan tambahan minyak ikan boleh membantu pesakit diabetes. Satu lagi jenis Omega-3 asid lemak, ALA (dariflaxseed, misalnya) mungkin tidak mempunyai manfaat yang sama seperti minyak ikan. Sesetengah orang yang menghidap diabetes tidak boleh cekap menukarkan ANA kepada satu bentuk asid lemak omega-3 yang boleh digunakan badan. Namun, pesakit diabetes Jenis 2 boleh mengalami peningkatan gula dalam darah apabila mengambil minyak ikan dan perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.




        Pesakit Darah Tinggi
        • Omega 3 telah diuji dan dibuktikan untuk mengurangkan hipertensi (tekanan darah tinggi). Diet yang kaya dengan asid lemak omega-3 boleh menurunkan tekanan darah pada orang dengan tekanan darah tinggi. Mereka mengenalpasti sejarah kesihatan dan mengukur tekanan darah pada awal kajian. Dengan mengambil 3 atau lebih gram minyak ikan setiap hari boleh mengurangkan tekanan darah pada orang dengan tekanan darah tinggi yang tidak dirawat. Dos yang tinggi ini, bagaimanapun, hanya boleh diambil di bawah arahan doktor.Ia menunjukkan kebaikan Omega 3 merendahkan tekanan darah berbanding orang yang tidak mengambilnya.




        Senggugut
        • Kebanyakkan wanita mengalami senggugut sebelum atau ketika haid. Kajian terkini menunjukkan Omega 3 boleh mengelak pembentukan prostaglandins. Prostaglandins menyebabkan senggugut dalam uterus. Mereka yang mengambil makanan tambahan minyak ikan dapat mengurangkan kesakitan ketika haid.




        FB : Rosnany
        Shaklee Distributor ID : 1067017
        Call/SMS/Whatsapp : 012-969 1509
        Cash On Delivery (COD) : Damansara Damai - Sri Damansara - Prima Damansara - Sg. Buloh - Mutiara Damansara - Mont Kiara - Sri Hartamas - Shah Alam
        (boleh consider COD seluruh Kuala Lumpur & Selangor)
        Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.

        No comments:

        Post a Comment