Friday, March 7, 2014

Tips Minum Air Masak 3 Liter sehari




Selepas customer ambil suplemen, saya akan guide customer tentang cara makan suplemen dengan betul. Termasuklah minum AIR MASAK 3 LITER SEHARI. Antara responds yang saya dapat
: banyaknya nak kena minum air 3 liter sehari!
: Nanti asyik pergi tandas!
: tak ada masa nak minum air masak.
: nanti perut buncit! 
: saya jenis tak suka minum air masak!
: saya jenis tak suka minum air masak banyak!

Bila saya kata 3 liter air masak, maknanya 3 liter air masak, bukan 3 liter air atau minuman lain. Kenapa? Sebabnya :
1- Air masak/air kosong/air mineral sangat-sangat berbeza dengan air minuman yang berperisa dan berwarna-warni tu.
2- Minuman yang mengandung kafein seperti kopi, teh, coklat dan sebagainya bersifat diuretik iaitu bertindak mengeluarkan air dari badan (melalui kencing).
3- Minuman bergula merangsang tindakan pankreas.
4- Air di dalam minuman berperisa (termasuk jus) digunakan untuk memproses minuman tersebut dalam badan kita.
Macam mana nak minum air masak 3 liter sehari? Meh sini saya bagi tips yang paling senang nak amalkan minum air masak 3 liter sehari.
# Minum air masak 250ml air kosong sebaik anda bangun tidur - membantu sistem pelawasan tubuh, menyegarkan dan menjadikan wajah kelihatan berseri.
# Minum 250ml air masak sebelum mandi pagi
# Minum 250ml air masak 30 minit sebelum sarapan pagi
# Minum 250ml air masak 1 jam selepas sarapan pagi
# Minum 250ml air masak 30 minit sebelum makan tengah hari - Ia dapat membantu mengelakkan makan secara berlebihan dan seterusnya dapat membantu bagi yang ingin menguruskan badan.
Minum 250ml air masak 1 jam selepas makan tengah hari
# Minum 250ml air masak 30 minit sebelum minum petang
Minum 250ml air masak 1 jam selepas minum petang
# Minum 250ml air masak 30 minit sebelum makan malam
Minum 250ml air masak 1 jam selepas makan malam
# Minum 250ml air masak 30 minit sebelum minum petang
Minum 250ml air masak selepas mencuci wajah
# Minum 250ml air masak sebelum tidur
Bagi ibu yang menyusukan anak pula, minum 1-2 gelas air masak sebelum dan selepas direct feed atau mengepam susu.
Haaaa,kan dah cukup 3 liter sehari. Senang je kan?
Ni pulak cara nak bagi kita tak lupa dengan air masak.
  • Letakkan sebotol air masak ditepi katil untuk memudahkan minum air apabila terjaga di waktu malam, terutama bagi ibu-ibu menyusu.
  • Pastikan air masak sentiasa dibawa di dalam botol apabila anda bergerak or on journey. Jadi bila-bila masa saja boleh minum.
  • Minum air masak apabila terasa lapar atau haus tetapi belum sampai waktu makan lagi.
  • Sukat pengambilan air secara detail. Kadang-kala kita rasa seperti sudah minum banyak air tetapi sebenarnya belum pun sampai 3 liter.

Jadi, minumlah 3 liter air masak sehari, bukan 3 liter minuman. Penting sangat sebab air amat diperlukan untuk fungsi-fungsi badan, lebih2 lagi bila ambil suplemen .InsyaAllah, tips ini dapat membantu pengambilan air sebanyak 3 liter sehari atau mungkin lebih. Anda perlu minum air kosong yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari bila menganmbil apa jenis suplement kerana ini membantu membebaskan toksin dari badan dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Jika kurang minum anda akan mengalami HEALING CRISIS.  Pengambilan air yang mencukupi dapat menjadikan badan lebih sihat, bertenaga dan ceria!! Jom minum air masak!


FB : Rosnany
Shaklee Distributor ID : 1067017
Call/SMS/Whatsapp : 012-969 1509

No comments:

Post a Comment